Halaman

1 Ogos 2011

Permata hati sulungku

Hari ni ada majlis anjuran puspanita untuk anak-anak cemerlang...moga dengan adanyer majlis ni dapat menaikkan lagi semangat kakak..dan menjadi idola kepada angah dan adik...
Kakak menerima sijil penghargaan, wang tunai dan buku-buku rujukan tajaan dari sasbadi..


Agar-agar Roti Warna-Warni

Rasa nak makan puding sebelum nak menyambut puasa isnin ni..godek2 jumpa la resepi ni dari Mas..maaf la mas copy resepi dari mas..tapi memang sedap betul tambahan kalu lebih lama dalam peti ais..terima kasih mas atas resepi yang cantik dan sedap nie...
 
Agar - agar Roti
Sumber : Mas Duniaku

Bahan :
  • 20 gram agar2 bertali @ sepeket serbuk agar2  - 10 gram
  • 6 cawan air 
  • gula pasir - ikut manis @ 200gram
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila 
Cara membuatnya :
  1. Roti ,susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.